Aplikasi Ajura menyokong Callkit pada iOS 10, membawakan pengalaman yang lebih baik pada iPhone

Press Release (ePRNews.com) - SINGAPORE - Jan 13, 2017 - Singapura

Ajura Pte Ltd, penerbit aplikasi mudah alih Ajura, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengintegrasikan ciri CallKit iOS 10. Pengguna Ajura kini akan mempunyai pengalaman panggilan iPhone asli apabila mereka membuat atau menerima panggilan menggunakan aplikasi Ajura itu. Integrasi ini akan memberi pengalaman memanggil yang lebih baik kepada pengguna iOS.

Mengumumkan pelancaran ciri ini, Ketua Pegawai Eksekutif Ajura, Encik Sanjit Chatterjee, berkata, “Menyepadukan iOS10 CallKit membawa kita selangkah ke hadapan dalam usaha kami untuk memastikan pengalaman panggilan lebih baik untuk pengguna Ajura. Kami telah dapat melaksanakan ciri IOS 10 ini dalam masa yang cepat dan akan membolehkan pengguna Ajura untuk mendail keluar panggilan Ajura dari senarai sejarah panggilan mereka.”

Pengguna aplikasi mudah alih berasaskan VoIP, mempunyai pengalaman penggunaan yang kurang baik, apabila mereka menerima panggilan GSM, semasa mereka sedang dalam panggilan menggunakan data – panggilan data tersebut akan terputus atau tidak dapat diterima, dengan telefon berdering sebagai Native OS dan memberi keutamaan kepada panggilan GSM, lalu tidak dapat mengesan panggilan data yang sedang dijalankan. Dengan Ciri iOS10 CallKit, pengguna Ajura tidak akan menghadapi apa-apa gangguan panggilan dan dapat melihat panggilan GSM yang masuk dalam mod panggilan menunggu.

Mengenai Ajura

Ajura membolehkan pengguna untuk menjimatkan sehingga 90% ke atas bil perayauan mereka dan juga memudahkan mereka untuk kekal berhubung di nombor telefon bimbit negara asal mereka. Selain daripada ciri perantauan kos rendah yang inovatif, ia juga menawarkan pakej “outcall” dan keupayaan untuk membeli nombor telefon oleh lebih daripada 50 buah negara, yang berdering di nombor telefon bimbit negara daripada pengguna Ajura.

Editor Ajura

Untuk apa-apa maklumat atau pertanyaan media yang lebih lanjut, sila e-mel: media@ajura.com

https://www.ajura.com/

Source : Ajura

You may also like this  

CATEGORIES : Telecommunications
DISCLAIMER : If you have any concerns regarding this press release, please contact the Author / Media Contact / Business of this press release. ePRNews is not resposible for the accuracy of the news posted and do not endorse, support any product/services/business mentioned and hereby disclaims any content contained in this press release.

Login

Or using ePRNews Account

Don't have an account ? Sign Up

Register New Account

Or form here

Already have an account ? Login

Reset Password

Already have an account ? Login